PERATURAN PEMINJAMAN BUKU MENGGUNAKAN SISTEM AUTOMASI
1. Semua guru dan pelajar SK. Pekan Telupid, Sabah diwajibkan
memiliki kad pinjaman
perpustakaan untuk tujuan peminjaman dan
pemulangan buku. Harga kad pinjaman adalah RM5
dan sah laku selama setahun. Selepas setahun, bayaran RM3 dikenakan untuk tahun kedua dan
seterusnya. Kehilangan kad pinjaman akan dikenakan pada kadar RM5 untuk kali pertama, RM10
untuk kali kedua dan seterusnya.
2. Tanpa menggunakan kad pinjaman, buku tidak boleh dipinjam dan dikeluarkan daripada
perpustakaan.
3. Buku atau majalah yang bertanda Rujukan (‘R’) hanya untuk rujukan di
dalam perpustakaan dan
tidak boleh dibawa keluar daripada perpustakaan.
4. Buku yang bertanda merah (Red Spot) boleh dipinjam dua hari sahaja dengan menggunakan kad
pinjaman.
5. Jumlah pinjaman buku adalah seperti berikut:
6. Para pelajar yang hendak meminjam buku hendaklah menggunakan kad pinjaman sendiri.
7. Peminjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan pada WAKTU REHAT dan SELEPAS
SEKOLAH.
8. Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan.
9. Buku pinjaman yang sama boleh diperbaharui dua kali sahaja jika tidak ada tempahan.
10. Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang baru atau diganti dengan menjelaskan
bayaran harga buku tersebut.
11. Kadar bayaran denda untuk bahan yang lewat dipulangkan adalah seperti berikut:
No comments:
Post a Comment